-::-: MAKLUMAN SEMASA :-::-


Selamat Datang ke blog rasmi PIBG SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog PIBG SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT 2017 KINI DIBUKA. SEGALA MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK DENGAN PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Tahniah kepada semua ajk PIBG yang telah dilantik , semoga dapat memberikan satu revolusi organisasi yang lebih mapan. Amiin,.

ANDA ADA USUL, CADANGAN, MAHUPUN KEMUSYKILAN? BERHUBUNGLAH DENGAN PIBG SK SERKAM DARAT. KITA BINCANG DAN SELESAIKAN BERSAMA-SAMA. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016 - SEMUA AJK PIBG DIJEMPUT BERSAMA-SAMA MEMERIAHAN SAMBUTAN KALI INI. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

ANDA INGIN MENYALURKAN SUMBANGAN? TAPI TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA? HUBUNGI SAHAJA PIBG SK SERKAM DARAT.

Wednesday 25 May 2016

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH

LAPORAN  LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH


Pada 25 Mei yang lalu, PIBG Sekolah Kebangsaan Serkam Darat telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka Lawatan ini telah disertai oleh murid tahun 6 seramai 36 orang dan 6 orang AJK PIBG serta seorang guru pengiring. Pihak persatuan telah berbincang dengan pihak sekolah tersebut dan menyatakan tujuan lawatan ini diadakan. Pihak persatuan melalui Biro Pendidikan telah mengambil tanggungjawab menguruskan lawatan ini. Antara tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan, pengalaman sebenar dan meningkatkan motivasi murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September ini. Pihak persatuan amat berharap, murid-murid Tahun 6 akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan kejayaan menjadi milik mereka. Pihak persatuan juga berharap, melalui lawatan ini murid-murid Tahun 6 telah jelas dan mendapat pendedahan mengenai sekolah berasrama penuh yang perlu dijadikan impian dan cita-cita dalam diri mereka apabila melangkahkan kaki ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Pada sesi lawatan ini murid-murid telah diberikan taklimat mengenai sekolah yang telah terbukti cemerlang dan melahirkan ramai cerdik pandai. Murid-murid juga telah dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah dan asrama. Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada pihak SM Sains Muzaffar Syah kerana sudi menerima kunjungan dari SKSD. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil sekitar lawatan ini berlangsung.

 

 

 



 




 

 

Saturday 21 May 2016

PROJEK KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS ANGKAT PIBG SKSD 2016-2018 - 4 INOVATIF

PROJEK KEBERSIHAN & KECERIAAN 
KELAS ANGKAT PIBG SKSD 2016-2018 
4 INOVATIF

Pada 21 Mei yang lalu, AJK PIBG sesi 2016-2018 telah menyambung tugasan mengecat kelas yang keempat iaitu kelas Tahun 4 Inovatif. Tugasan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak persatuan dengan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah. PIBG SKSD telah bersetuju mengambil empat kelas sebagai kelas angkat untuk projek kebersihan dan keceriaan kelas. AJK PIBG telah berkumpul pada jam 8:30 pagi bagi memulakan kerja-kerja mengecat kelas ini. Alhamdulillah, AJK dari kalangan ibu bapa dan guru serta ibu bapa turut sama hadir bagi membantu menyiapkan kerja-kerja mengecat ini. Bersyukur ke hadrat Allah, segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Tugasan yang dilaksanakan ini tamat pada jam 12:30 tengah hari. Semoga murid-murid dan guru-guru akan lebih bersemangat untuk proses pengajaran dan pembelajaran di kelas yang telah dicat ini. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil sekitar aktiviti ini berlangsung.






Monday 16 May 2016

PIBG BERSAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI GURU SKSD.

PIBG BERSAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI GURU SKSD.
16 MEI 2016
DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Pada 16 Mei yang lalu, AJK PIBG sesi 2016-2018 telah turut serta meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah untuk tahun 2016. Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Serkam Darat, Encik Azman bin Janudin kerana telah menjemput AJK PIBG untuk bersama-sama dalam sambutan ini. Pihak sekolah telah menetapkan tema “Kesultanan Melayu Melaka” untuk sambutan kali ini. Semua guru-guru dan staf sekolah kelihatan amat gembira dan seronok menyambut Hari Guru pada tahun ini. Sambutan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin dan Pegawai Angkat PPD untuk sekolah ini. Pihak persatuan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang dan ruang untuk AJK PIBG bersama-sama dalam acara permainan, sesi bergambar, jamuan dan penyampaian hadiah. Sesungguhnya sambutan pada tahun ini telah menyaksikan satu perubahan yang positif di mana pihak persatuan turut sama dijemput meraikannya. Justeru, pihak persatuan amat berbesar hati dan berasa terpanggil untuk berkerjasama dengan Kelab Keluarga SKSD untuk menganjurkan sambutan Hari Guru tahun 2017. Pihak persatuan mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga guru sekolah ini di atas segala khidmat bakti yang dicurahkan sebagai pendidik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada staff sokongan sekolah yang turut membantu menggembling tenaga dalam memastikan kejayaan sekolah. Pihak persatuan mengucapkan selamat Hari Guru dan Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga sekolah. “Guru Pembina Negara Bangsa”. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil sekitar sambutan ini berlangsung.