Pada 21
April yang lalu, PIBG Sekolah Kebangsaan Serkam Darat telah mengadakan satu
mesyuarat di peringkat AJK PIBG yang baru dilantik dalam mesyuarat agung yang
diadakan pada 26 Mac 2016. Alhamdulillah, mesyuarat ini dapat dijalankan dengan
lancar mengikut agenda-agenda yang telah di tetapkan. Yang Di Pertua PIBG SKSD
telah menyampaikan beberapa amanat penting seperti penetapan Visi dan Misi PIBG
SKSD, penubuhan biro-biro seperti Biro Ekonomi, Biro Akademik, Biro Kebajikan
dan Keselamatan, Biro Sosial dan Biro Maklumat. Semua ketua kepada biro-biro
yang ditubuhkan adalah dari kalangan AJK ibu bapa manakala penolong ketua dari
kalangan pentadbir sekolah. Ini bagi memastikan setiap biro yang ditubuhkan
benar-benar berfungsi dan dapat merancang aktiviti yang bersesuaian, dalam
usaha membantu pihak sekolah memajukan pendidikan anak-anak murid sekolah ini.
Selain itu juga dalam mesyuarat yang pertama ini, turut membincangkan mengenai
penglibatan ibu bapa dalam program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah
mahu pun pihak persatuan sendiri. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk
tahun 2016 ini. Pihak persatuan amat berharap semua yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil
sekitar mesyuarat ini berlangsung.
No comments:
Post a Comment