-::-: MAKLUMAN SEMASA :-::-


Selamat Datang ke blog rasmi PIBG SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog PIBG SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT 2017 KINI DIBUKA. SEGALA MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK DENGAN PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Tahniah kepada semua ajk PIBG yang telah dilantik , semoga dapat memberikan satu revolusi organisasi yang lebih mapan. Amiin,.

ANDA ADA USUL, CADANGAN, MAHUPUN KEMUSYKILAN? BERHUBUNGLAH DENGAN PIBG SK SERKAM DARAT. KITA BINCANG DAN SELESAIKAN BERSAMA-SAMA. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016 - SEMUA AJK PIBG DIJEMPUT BERSAMA-SAMA MEMERIAHAN SAMBUTAN KALI INI. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

ANDA INGIN MENYALURKAN SUMBANGAN? TAPI TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA? HUBUNGI SAHAJA PIBG SK SERKAM DARAT.

CADANGAN

Anda ada idea bernas, cadangan atau saranan yang membina. Sila utarakan disini. Semoga dapat memberikan kebaikan kepada semua. Amiin.

3 comments:

  1. Admin ingin mencadangkan supaya diwujudkan sebuah wakaf di pintu belakang sekolah bagi keselesaan anak-anak SKSD menunggu ketibaan ibu bapa penjaga mereka. Harap dapat perhatian.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas keprihatinan PIBG. Tahniah & Syabas kerana telah mewujudkan sebuah pondok yang selesa bagi anak-anak menunggu penjaga mereka. Alhamdullillah...

      Delete
  2. Admin mencadangkan agar dibina sebuah dewan terbuka di antara Blok Pentadbiran & Blok Akademik. Ini adalah untuk mengatasi kesibukan semasa perhimpunan harian pagi di dataran Hikmah yang terletak di antara laluan meletak kenderaan guru. Jadi dewan ini akan lebih selamat dan murid mudah dikawal oleh banyak guru. Selain itu, majlis kecil masih boleh dijalankan kerana berbumbung, juga bahan atau hasil murid akan tahan lebih lama tanpa cahaya matahari terus dan kelembapan oleh tempias hujan. Kolam dan taman masih boleh digunakan, cuma perlukan dialihkan ke kawasan yang lebih luas. Oleh kerana bangunan / blok B banyak menempatkan bilik-bilik yang memerlukan kasut dibuka, ini akan dapat menyelamatkan kasut dari basah dek tempias hujan. Keselamatan juga terjamin bila tiada tempias hujan, lantai kaki lima kering maka anak-anak dapat berjalan dengan selamat. Sekian, sila pertimbangkan.

    ReplyDelete